Tuesday 20 November 2012

GENGGAMAN PENSEL KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN


Murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan menunjukkan skor genggaman yang lebih rendah berbanding dengan murid-murid yang tiada masalah menulis (Schneck 1991; Schneck & Henderson 1990).   Kajian yang dijalankan oleh Rosenblum, Goldstand dan Parush (2006) menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara penulis mahir dan penulis tidak mahir dalam semua faktor ergonomik termasuk genggaman pensel. Hal ini disokong dengan pernyataan Abdul Rasid (2011) bahawa masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa menulis.  Ketidakupayaan  ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan cara yang tidak betul.  Akibatnya murid tidak dapat menulis.

Murid-murid bermasalah pembelajaran ini menghadapi pelbagai masalah yang berpunca daripada ketidakupayaan pembelajaran telah mempengaruhi pencapaian mereka dalam bidang akademik secara tidak langsung (Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar, Lokman, Md. Amin, Fauzi, Zawawi & Kamarudin 2010). Kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran kerana melalui pemerhatian yang dijalankan didapati guruguru jarang mengajar murid  cara untuk memegang alat tulis dengan betul semasa menulis.  Maka, mekanisma kemahiran menulis tidak diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak semakin tidak cantik dan sukar dibaca (Yusop & Walter Alvin 2010).  Dengan merujuk kepada hasil kajian Rosenblum (2006) menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara penulis mahir dan penulis tidak mahir dalam semua faktor ergonomik termasuk genggaman pensel.



Rajah 1:  Ilustrasi Definisi Operasi bagi Postur Genggaman dalam Urutan Pembangunan (Sumber:Schneck & Henderson 1990)


Penerangan jenis-jenis genggaman seperti rajah di atas adalah :-

 (a) genggaman  jejari silang tapak tangan;
 (b) genggaman supinate tapak tangan;
 (c) genggaman pronate digital, hanya jari dilanjutkan;
 (d) genggaman berus;
 (e) genggaman dengan lanjutan jari;
 (f) genggaman ibu jari silang;
 (g) genggaman tripod statik;
 (h) genggaman  empat  jari;
 (i) genggaman tripod lateral;
 (j) genggaman tripod dinamik.


~ Gambar / contoh genggaman yang lebih jelas ~




o   Genggaman jejari silang tapak tangan (Schneck dan Henderson,  1990),



 
o   Genggaman supinate tapak tangan (Schneck dan Henderson, 1990),





o   Genggaman dengan lanjutan  jari (Schneck dan Henderson, 1990), 




o Genggaman ibu jari silang (Schneck dan Henderson, 1990),





o    Genggaman tripod statik (Schneck dan Henderson, 1990),





o   Genggaman empat jari (Schneck dan Henderson, 1990),






o   Genggaman tripod lateral (Schneck dan Henderson, 1990),





o   Genggaman tripod dinamik (Schneck dan Henderson, 1990),




o   Genggaman  thumb tuck (Burt dan Benbow, 2008),





o   Genggaman thumb wrap (Burt dan Benbow, 2008),






o   Genggaman broken type (Selin, 2003),




o   Genggaman lain-lain).



Oke...setakat ini dulu ye.. 
JJThanks sudi baca blog saya  JJJ

Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran


Pakar yang menilai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran  perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya  kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak, penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
  
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.

Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan-keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran, kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.

Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.

Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya ingatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key-points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.

Sekian..Terima Kasih kawan-kawan J

Sunday 18 November 2012

Masalah Dalam Kemahiran Menulis bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran




 1. Cara yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menulis dengan mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil ?




·        Latih tubi menyalin ayat atau tulisan.
·        Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat.
·        Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja.
·        Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin.
·        Salin latihan ayat dalam buku garis tiga
·        Sediakan lembaran kerja tulisan.
·        Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
·        Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar.
·        Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada keratan akhbar.
·        Permainan bahasa.
·        Lain-lain cara tetapi tidak mengelirukan pelajar.



2. Jarak huruf tidak seragam





·        Menyalin perkataan dalam kotak.
·        Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar.
·        Menyambung titik huruf


3.  Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat

·        Elakkan perkataan berganda.
·        Jangan beri latihan yang terlalu panjang.
·        Kurangkan perkataan imbuhan.
·        Semak baris demi baris.


4. Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.

·        Letakkan satu jari atau pen diantara setiap perkataan sebagai penanda jarak.
·        Sambung titik.
·        Kertas surih – bentuk ayat (murid salin semula mengikut potongan kertas surih)


5. Menonjolkan pembalikan huruf




·        Guru buat latihan menulis huruf yang pelajar keliru secara berulang-ulang.
·        Mengecam huruf menggunkan kad-kad huruf
·        Menggunakan kad tebuk – sentuh dan rasa
·        Lembaran kerja pengamatan (mengatasi masalah pengamatan)
·        Latihan menulis (sambung titik)
·        Memilih dan mencari himpunan huruf.
·        Menulis huruf di pasir atau udara.
·        Latihan menyalin ayat pendek yang lengkap.
·        Menampal huruf yang telah disediakan oleh guru.


Pengalamanku bersama kanak-kanak istimewa



Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah individu yang sangat berharga dan sesungguhnya sangat istimewa. Jika anda diberikan kesempatan masa mahupun tenaga, apa kata, anda semua melawat pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di mana kanak-kanak istimewa di tempatkan.

Penulisan blog saya pada hari ini, bukan mahu bercerita panjang mengenai apa itu kanak-kanak bermasalah pembelajaran or,sewaktu dengannya, kerana saya telah memberikan info tentang kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada entri sebelumnya..

Ok, ,saya ingin menceritakan akan pengalaman saya di pusat PDK yang telah di lawati. Alhamdullilah, sepanjang saya melawat PDK, guru-guru di PDK sangat mesra alam,hehe…J dan terdapat ramai pelajar yang majoritinya mempunyai kecacatan yang serius dan mengalami masalah pembelajaran.

Memang xtergambarlaa bestnya,,,hehe ..dengan kanak-kanak/pelajar yang bermasalah pembelajaran yang sangat-sangat aktif dan terkadang ada yang sangat-sangat senyap dan pemalu.hehe J

Terkadang terdetik di dalam hati, “ beruntungnya aku lahir di dunia dengan sempurna” jika dibandingkan dengan mereka semua. 
Eh,eh..sedihla pulak..hehe L . Yelah…nak jadi guru Pendidkan Khas,kena pandai jaga emosi anda semua ya..hehe

Oppss…lari dari topik dah nie..apa-apa pun, pengalaman dengan kanak-kanak istimewa nie, memang the best la…meh, sini saya share sikit gambar bersama kanak-kanak teristimewa nie..







*Bersyukurlah dengan apa yang kita ada*

Alhamdullilah…Sekian, Thanks semua….

Sunday 4 November 2012

Kenal Pasti Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran



Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-

·        Kebolehan Kognitif
·        Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
·        Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
·        Keupayaan Membaca
·        Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
·        Kemahiran Matematik


Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Ø Lembam ( akibat kecacatan otak)
Ø Autistik
Ø Dowm Sindrom
Ø Terencat Akal Ringan
Ø Terencat Akal Sederhana
Ø Hiper Aktif
Ø Hipo Aktif
Ø Cerebral Palsy
Ø Emosi / Tingkah Laku
Ø Pertuturan
Ø Epilepsi
Ø Pelbagai Kecacatan


Objektif

Setiap Kanak-Kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:-

§  Menguasai kemahiran berkomunikas
§  Menguasai kemahiran bergaul
§  Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
§  Menjaga keselamatan dan keselamatan diri
§  Menguruskan hal-hal berkaitan kehidupan seharian
§  Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
§  Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
§  Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
§  Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
·        Mengembangkan potesni, bakat dan daya kreatif dan intelek
·        Membolehkan murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri.


Adakah Anak Anda Mempunyai Ciri-Ciri Berikut?

Ciri-ciri Fizikal

*    Kanak-Kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa.

Ciri-ciri Intelek

*    Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi bahasa. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah
*    Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

Ciri-Ciri Tingkah Laku

*     Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
*     Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
*     Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.
*    Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.




Sila Dapatkan Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas:-

o   Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri
o   Sekolah-Sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
o   Hospital-Hospital Kerajaan dan
o   Jabatan Kebajikan Masyarakat


Perkhidmatan Yang Diberikan

o   Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang di buka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
o   Program-Program atau Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan  Kebajikan  Masyarakat
o    Badan-badan Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kementerian berkaitan.
o    Keistimewaan Berdaftar Dengan Pendidikan Khas
o   Pendidikan percuma di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
o   Kelebihan apabila layak menduduki Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
o   Bantuan Orang Kurang Upaya
o   Potongan tambang pengangkutan awam
o   Potongan sewaan penggunaan telefon apabila memenuhi syarat umur (Sila dapatkan penjelasan dari Kementerian-Kementerian berkaitan)