Monday 17 December 2012

FAKTOR KANAK-KANAK MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN


    Antara sebab-sebab kanak –kanak mengalami masalah pembelajaran 



Antara sebab kanak – kanak boleh mengalami masalah pembelajaran ialah disebabkan daripada faktor ibu bapa itu sendiri iaitu daripada segi penyakit genetik yang dibawa oleh ibu atau bapa kanak – kanak tersebut. Faktor yang kedua ialah faktor umur ibu yang mengandung itu,kerana perkara tersebut akan menyebabkan masalah atau komplikasi ketika kelahiran. Faktor yang berikutnya ialah faktor teratogen yang meliputi penyakit, dadah dan persekitaran. Dimana ibu yang mengandung yang cenderung untuk terdedah kepada bahan – bahan kimia di persekitarannya seperti merkuri, plumbum, PCBs dan X-ray akan menyebabkab pelbagai kecacatan kepada anak di dalam kandungan seperti mempunyai ketidaupayaan di dalam perkembangan, perkembangan yang terbantut, celebral palsi, gangguan memori, masalah verbal dan leukemia. Seterusnya ialah disebabkan dadah seperti alkohol, asprin, kafien dan nikotin turut akan menyebabkan penyakit atau kecacatan seperti perkembangan terbantut, kurang berat ketika lahir dan kurang kemahiran kawalan motor. Faktor yang seterusnya ialah kerana berlakunya ketidakseimbangan kimia di dalam bahan seseorang seperti belakunya mutasi pada gen – gen yang penting dan sekaligus akan menyebabkan kecacatan. Faktor yan terakhir ialah disebabkan kecederaan otak yang merupakan salah satu punca utama kepada pelbagai kecacatan. Kecederaan otak yang berlaku pada tempat – tempat yang berlainan akan menyebabkan kecacatan yang berlainan seperti aphasia, celebral palsi dan terencat akal.

Rujukan : Kail, R.V 2012. Children and Their Development. United States: Pearson  Education, Inc.

0 comments:

Post a Comment