Monday 17 December 2012

Ganguan Emosi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran






Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) menggunakan istilah ‘emotional disturbance’ atau gangguan emosi yang menyebabkan masalah dalam pembelajaran berdasarkan lima kriteria utama. Kriteria-kriteria tersebut adalah

(i)   satu ketidakupayaan untuk belajar yang mana tidak boleh dijelaskan oleh intelek,deria dan factor kesihatan,
ketidakupayaan yang berlaku ini tidak dapat dijelaskan kerana gangguan emosi ini terjadi disebabkan oleh pelbagai factor yang berpunca daripada perseitaran.

(ii)     satu  ketidakupayaan untuk membina atau mengekalkan perhubungan interpersonal dengan rakan sebaya dan guru,
kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi kebiasaannya tidak dapat bergaul dengan orang di sekelilingnya.

(iii)    ciri-ciri tingkahlaku dan emosi yang tidak sesuai dalam suasana yang normal,
Kanak-kanak ini selalunya sering bertindak diluar batasan dan boleh mengganggu ketenteraman orang lain.

(iv)    mudah merasai kesedihan dan depresi,
Kanak-kanak ini sering mengalami perasaan sedih dan kemurungan melampau dan kadang-kala mereka boleh bertindak diluar jangkaan.

(v)      kecenderungan untuk membina symptom fizikal atau ketakutan berkaitan personal dan masalah    di sekolah.
Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi ini sering menjauhkan diri daripada orang lain ataupun melakukan masalah disekolah supaya mereka dapat mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.


RUJUKAN
Eileen B. ,Raymond 2008. Learners with Mild Disabilities,160-161

0 comments:

Post a Comment