Kanak-kanak berkeperluan khas
merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada
bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka
perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam
pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta
menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini
perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan
sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin,
2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu
kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial
dan kemahiran motor mereka.
Kanak-kanak berkeperluan khas yang
datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah
pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu
kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka,
antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.
Keperluan Terapi
Terapi merupakan kaedah untuk
membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau
kemahiran. “Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang
penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan
secara normal” (Kamus Perubatan Mosley, 2001).
Dalam konteks Pendidikan Khas,
terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai
keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai
perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara kepentingan terapi ialah
bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak
balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan
fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di samping itu, melalui
terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu
yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S.
Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).
Terapi-terapi yang boleh
dilaksanakan ialah:
i) terapi fisio
ii) terapi kuda
iii) terapi cara kerja
iv) terapi pertuturan
v) terapi muzik dan pergerakan
kreatif
vi) terapi seni
vii) terapi air/hidro
viii) terapi pasir
ix) terapi main
x) terapi alternative
Contoh:
Seorang kanak-kanak sindrom down
yang mempunyai masalah pergerakan serta mempunyai masalah pertuturan dan
pengamatan.
Aktiviti terapi:
Terapi motor kasar – berjalan,
berlari, gallop dan lompat di garisan lurus, di garisan bengkok dan menggunakan
alatan seperti bangku.
Terapi pengamatan (visual,
auditori dan tactile) – melihat gambar bertindih, mencari benda tersembunyi
dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh/merasa jenis permukaan
Terapi motor halus – memegang
pensel dan menconteng atas kertas
Terapi kuda – menunggang kuda
serta membetul postur badan dan perkembangan emosi.
Terapi pasir – meramas pasir,
menconteng atas pasir, bermain dengan pasir untuk kemahiran motor halus.
Terapi air – bermain dengan bola
dalam air bagi pengukuhan pergerakan dan perkembangan otot.
Pada kesimpulannya, guru-guru
perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran
dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh
dijalankan di sekolah atau di luar premis sekolah secara kumpulan atau individu
bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial
kanak-kanak berkeperluan khas.
J J J Terima kasih J J J
terapi cinta takde ke? hehe
ReplyDeleteapa perbezaan terapi cara kerja dengan terapi fisio ye?
ReplyDelete